Wednesday, April 17, 2013

Sahabat.Tabah.Kuat.Redha.Sabar.

Di saat aku berdepan dalam delema dan dugaan sahabat baik aku menceritakan dan berkongsi cerita dan dugaan yang hampir sama seperti aku."Terpaksa" melepaskan orang yang amat kami sayangi demi kebahagian mereka.Aku amat memahami situasi sahabatku itu.Berat bagi kami untuk menerima semua ini kerana di saat kami begitu menyanyangi mereka kami terpaksa melepaskan.Situasi kami hampir sama cuma ada sedikit perbezaan.Sahabatku terpaksa melepaskan insan yang dia sayang kerana tidak ingin merosakkan hubungan perkahwinan lelaki tersebut.Dia mengenali lelaki tersebut sebelum lelaki itu berkahwin lagi.Walaupun sudah berkahwin lelaki tersebut masih menyimpan perasaan dan impiannya untuk berkahwin dengan sahabatku ini.Mungkin kerana takdir akhirnya sahabatku terjatuh hati kepada lelaki tersebut kerana perhatian,cara layanan dan kasih sayang yang diberikan.Setiap perempuan pasti akan tertarik dan jatuh cinta pada lelaki yang menghargai,mencintai,tidak putus asa dan memberi perhatian kepada mereka.Bukan harta atau hadiah yang mahal-mahal menjadi dambaan,cukuplah kasih sayang dan perhatian kepada perempuan tersebut.Aku sebagai sahabat memberi pandangan kepada sahabat aku untuk berfikir panjang andai dia menerima lelaki tersebut dan menjdai isteri ke2 banyak risiko yang perlu difikirkan terutama KELUARGAnya dan KELUARGA lelaki itu.Alhamdulillah meskipun berat untuk membuat keputusan akhirnya sahabatku mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki tersebut kerana tidak mahu menghancurkan perkahwinan lelaki tersebut dan memikirkan soal penerimaan keluarganya.Apa yang aku boleh katakan kepada sahabat aku adalah TABAH,KUAT,REDHA dan SABAR.Aku begitu memahami situasi dia kerana aku juga berdepan situasi hampir sama dimana terpaksa melepaskan insan pertama yang aku sayangi.Insyaallah kami cukup kuat untuk menghadapi semua ini.Aku anggap semua ini sebagai dugaan dari DIA untuk menguji HAMBA-NYA.Seandainya benar jodoh dan tertulis di LUH-MAHFUZ-NYA pasti tidak kemana.Semoga tabah sahabatku.Ingatlah jodoh ditanganNya dan jika mereka bukan untuk kita pasti ada yang lebih baik yang ditetapkan olehnya.Aminnn..Aku pasti kita pasti KUAT..:)





No comments:

Post a Comment