Sunday, June 2, 2013

Selamat Pengantin Baru & Bertunang Sahabat2ku..

Assalamualaikum..sejak2 musim cuti sekolah ni memang ramai lah yang 'bina masjid' termasuk lah beberapa orang sahabatku..Waaaaaa..bestnya..bila lah turn farah kan2..HEHE !! berangan kuat ni padahal calon pun belum ada lagi..Cantik2 dan segak2 semua sahabat2ku ni..Banyak undangan yang aku dapat tetapi tak dapat nak datang sebab masalah teknikal a.k.a masalah transport..HEHE !! paham2 je lah ada lesen jalan kaki je..Kalau ada 'tettt' dulu boleh juga ajak tapi tak ada jodoh..Opsss..dah2 tak nak cerita pasal dia dekat sini..Aku tumpang happy kat kawan2 yang dah bina masjid ni..Bahagia rasa..Tak sabar nak ikut jejak langkah dia orang tapi tak tahu lah bila sebab semua DIA yang tentukan dan aku berserah pada DIA saja..Tahniah kawan2..

1. Siti Izzati Munirah & Suami
2. Noor Hasanah & Suami
3. Nurul Fateen & Suami
4. Nur Haniza & Suami
5. Asy Syafiey & Dikda
6. Ramizah & Suami
7. Nur Hamizah & Suami
8. Hanif (Bacan) & Isteri
9. Fido & Adiela
10. Aima & Aman
11. Zaidi & Isteri

Ni antara yang dah membina masjid..Masih ada lagi nama yang tak tersenarai sebab ramai sangat..:)..Yang nak bertunang & dah bertunang pun ramai..Tahniah semua..Doa2kan lah turn Farah pula..Dah tak nak bercinta dah..Nak bercinta selepas nikah pula..Itu lebih berkat dan terbaik..:)..Farah doakan hubungan HALAL korang kekal hingga ke syurga dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah..Aamiin..:)..Dan yang bertunang tu sila2 jaga batas sehingga menjadi yang HALAL ok..Sekadar peringatan bersama..Hubungan pertunangan bukan lesen seperti suami isteri..Love U All Babe..:)

Thursday, May 30, 2013

..Melayan Jiwa..

Petang2 dok layan jiwa dengan lagu2 jiwa..HAHA !! Kecewa+Sedih+Blur+Hampeh+Sakit hati semua perasaan ada.Yang penting sekarang aku nak buang kau jauh2 dari hati aku..Insyaallah 1day aku akan kuat dan kembali hadirkan kau dalam hidup aku sebagai sahabat lama a.k.a bekas rakan sekelas..Kalau nak ikut perasaan nak aje bagi beberapa das penampar kalau kau ada depan aku tapi membazir aje aku tampar kau..DOSA3!! bukan MAHRAM..HEHE !! Tapi serius sakit hati tapi tak mengapa aku anggap semua ni ujian dari DIA atas dosa2 aku dulu dan aku cukup kuat untuk hadapi semua ni.Sekurang2nya aku sedar kau bukan jodoh aku dan aku sedar siapa kau.Aku akui kau memang seorang yang sangat2 baik dan aku hargai kau sangat2 tetapi jodoh kau bukan untuk aku.Aku tak benci kau tapi aku benci dan terkilan perbuatan kau.KEPERCAYAAN aku terhadap kau memang sudah tiada langsung.Aku sangat2 berterima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku sebagai insan istimewa selama 3tahun dan pernah sayang aku walaupun aku tidak tahu hati kau yang sebenarnya.Opsss..ni dah terlajak dari tajuk pula.HEHE !! petang2 layan lagu jiwa sebab melayan jiwa yang kacau.macam2 lagu Farah layan tak kira jenis muzik..Nasyeed,Balada,Pop,Rock Kapak semua Farah layan..HEHE !! Tapi sekarang layan jiwa dengan lagu "Pergilah Sayang" sebab nak 'syuhhhhh3' perasaan kat kau jauh2..1day aku akan keluar dan jadi seorang yang cukup kuat depan kau walaupun apa yang kau buat dekat aku sebab aku yakin dengan ketentuan DIA untuk aku dan kau cuma masa lalu aku dan kau cuma bekas rakan sekelas aku.Aku cuma mampu doakan kau bahagia dan DIA lindungi kau saja sekarang walaupun dari dulu kau sentiasa ada dalam doa aku..Laaaaaa..lari topik lagi..Adoiiiiii..HAHA !! Tetibe pula blur..HEHE !! ok la Farah tunjuk antara VC yang NF tgh layan sekarang..;)


Pergilah Sayang - Azhari MV

Istikharah Cinta - Sigma

Cinta Kau Dan Aku OST

Wanita - DeHearty

Tabah - Mazleela

Kisah Dongeng - Stacy

Ini lah antara lagu2 Farah tengah layan..HEHE !! Melayan jiwa sangat kan? HEHE !! Jiwa tengah "Patah Seribu" lah katakan..:p..No more AWP in my heart..Please go away from my heart forever..Thanks for everything..What i can say "Thanks coz you give me love,tears,hurt,pain..Walaupun semua itu yang kau berikan tetapi aku bersyukur kerana semua itu mengajar aku untuk menjadi lebih kuat dan aku akui kau seorang lelaki dan anak yang baik..Kau layak mendapat cinta perempuan yang baik seperti dia yang kau pilih dan kau bukan jodoh aku..:).."..





Wednesday, April 17, 2013

Yang Ku Sayang Padamu

Tajuk post bukan main lagi nak 'hot'..HEHE !! Tapi memang nak share pasal 'Yang Ku Sayang Padamu' pun.Insan kecil yang menarik hati dan membuat hari2 ku ceria dan selalu bahagia bila bersamanya dan rindu bila tak bertemu walaupun seketika.Tersangat2 sayang dekat dia.Nak tahu siapa yang aku maksudkan? Jeng Jeng Jeng !! HEHE !!


BamBam MakLong

Aksi dan ragam Hakimi.

Semasa berusia 3 bulan.

Hasil Lukisan Potrait Hakimi dariku yang xseberapa.Bakat kurniaan Allah.

Ni lah insan kecil yang aku maksudkan.Kekasih hatiku,penyejuk hati,penenang jiwaku.ABRAR HAKIMI. Abrar bermaksud Golongan Yang Berbuat Kebajikan.Semoga bila besar nanti sentiasa berbuat kebajikan.AMINNN.Semoga menjadi anak yang soleh buat ibu dan babah.Menjadi kekasih hati,penyejuk jiwa MakLong ok sayang.Sekejap saja besar anak MakLong ni.Sayang kamu sangat2.

Sahabat Selamanya

Assalamualaikum..Kali ni post tukar mood sikit.Lama tak ber'blog' ni jadi 'meroyan' blog pula.HEHE !! Sejak2 ada 'WhatsApp' group 'SMKA' ni 'bergosip' saja dengan sahabat2 sekolah.Ada yang hampir 18tahun kenal ada yang 12tahun kenal.Bila berborak tak ingat punya.SERONOK !! sampai hilang/lupa sekejap masalah yang melanda.Macam2 topik berborak.Topik kahwin pada yang masih bujang seperti aku,anak pada yang sudah berkeluarga,aktiviti semasa,perkongsian masalah,kenangan masa lalu dan macam2 lagi.Alhamdulillah walaupun sudah hampir 10tahun meninggalkan alam persekolahan di SMKA dan 8tahun alam persekolahan tetapi ukhuwah yang terbina masih terjalin.Yang dulu nya tak kenal tak rapat menjadi rapat.ALHAMDULILLAH !! Tak lama lagi beberapa orang sahabat akan menamatkan zaman bujang mereka.SYUKUR.Jodoh mereka sudah sampai dan aku tumpang gembira.Makin kuranglah team bujang ni.HEHE !!Hope akan datang jodoh aku pula sampai.*mood gatal dah sampai..HEHE !! Tetapi aku tak nak bercinta.Sudah letih bercinta tanpa ikatan biar bercinta selepas nikah pula.Balik pada topik sahabat selamanya pula tak nak feeling2 lebih2 pula.Bila dah lama tinggalkan dan persekolahan dan kolej rindu pula kat sahabat2 ni dan rindu nak belajar.Bermacam ragam sahabat yang aku ada yang mudah tersentuh,yang 'brutal',yang 'cool',yang 'kepala angin',yang 'sempoi',yang manja,yang cantik,yang lemah lembut,yang islamik dan macam2 perangai dan personaliti ada tetapi itulah yang membuatkan persahabatan kami lebih ceria dan menyeronokkan.Aku bersyukur sangat dipertemukan dengan sahabat2 yang mengambil berat tentang aku dan sahabat yang permacam ragam yang membuatkan hidupku bertambah ceria.:)..Sekarang masing2 sudah dewasa,ada yang berkerjaya,ada yang berkeluarga,masih belajar dan masih menganggur menunggu orang msuk meminang macam aku..HAHA !! Aku doakan persahabatan kita semua kekal sampai bila-bila dan kita saling melengkapi dan mengingati..AMINNN..

Semoga Persahabatan Kekal Sampai Bila-bila


Sahabat Selamanya


Sahabat.Tabah.Kuat.Redha.Sabar.

Di saat aku berdepan dalam delema dan dugaan sahabat baik aku menceritakan dan berkongsi cerita dan dugaan yang hampir sama seperti aku."Terpaksa" melepaskan orang yang amat kami sayangi demi kebahagian mereka.Aku amat memahami situasi sahabatku itu.Berat bagi kami untuk menerima semua ini kerana di saat kami begitu menyanyangi mereka kami terpaksa melepaskan.Situasi kami hampir sama cuma ada sedikit perbezaan.Sahabatku terpaksa melepaskan insan yang dia sayang kerana tidak ingin merosakkan hubungan perkahwinan lelaki tersebut.Dia mengenali lelaki tersebut sebelum lelaki itu berkahwin lagi.Walaupun sudah berkahwin lelaki tersebut masih menyimpan perasaan dan impiannya untuk berkahwin dengan sahabatku ini.Mungkin kerana takdir akhirnya sahabatku terjatuh hati kepada lelaki tersebut kerana perhatian,cara layanan dan kasih sayang yang diberikan.Setiap perempuan pasti akan tertarik dan jatuh cinta pada lelaki yang menghargai,mencintai,tidak putus asa dan memberi perhatian kepada mereka.Bukan harta atau hadiah yang mahal-mahal menjadi dambaan,cukuplah kasih sayang dan perhatian kepada perempuan tersebut.Aku sebagai sahabat memberi pandangan kepada sahabat aku untuk berfikir panjang andai dia menerima lelaki tersebut dan menjdai isteri ke2 banyak risiko yang perlu difikirkan terutama KELUARGAnya dan KELUARGA lelaki itu.Alhamdulillah meskipun berat untuk membuat keputusan akhirnya sahabatku mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki tersebut kerana tidak mahu menghancurkan perkahwinan lelaki tersebut dan memikirkan soal penerimaan keluarganya.Apa yang aku boleh katakan kepada sahabat aku adalah TABAH,KUAT,REDHA dan SABAR.Aku begitu memahami situasi dia kerana aku juga berdepan situasi hampir sama dimana terpaksa melepaskan insan pertama yang aku sayangi.Insyaallah kami cukup kuat untuk menghadapi semua ini.Aku anggap semua ini sebagai dugaan dari DIA untuk menguji HAMBA-NYA.Seandainya benar jodoh dan tertulis di LUH-MAHFUZ-NYA pasti tidak kemana.Semoga tabah sahabatku.Ingatlah jodoh ditanganNya dan jika mereka bukan untuk kita pasti ada yang lebih baik yang ditetapkan olehnya.Aminnn..Aku pasti kita pasti KUAT..:)